Thursday 23 July 2020

A little 'bebel' after been in hiatus :)

Hi. Assalamualaikum my reader (ada ke? hahah..)

It's been a while since my last post right? Sesungguhnya aku takda idea nak update apa kat sini. Sebab bila difikirkan sekarang ni, aku cuba untuk post blog yang bagi manfaat je. Bukan sahaja kat aku tapi untuk follower and readers yang baca jugak. Tapi tu lah. Ngak ada idea dong....

So for this post, mari lah baca aku membebel je lah ya. 

Dah 2020, dulu ingat tahun 2020 ni macam gempak gila. Ada kereta terbang, LRT terbang, kerja semua robot je yang buat. And guest what? COVID-19 yang menggempakkan lagi tahun ni. Serious aku langsung tak rasa apa apa tahun ni. Baru je rasa macam semalam bulan 1. Tiba-tiba hari ni tengok kalendar da bulan 7. Dah nak habis dah pun bulan 7. 

Kenapa ea benda yang paling aku tak suka mesti jadi masa tarikh-tarikh favorite aku. Contoh macam PKP kita dulu. Start on 18.March.2020. Sehari selepas my birthday. On my birthday pulak aku just ulang alik dalam kereta gi ambik mekwa kat Melaka. Nasib baik sempat jumpa my yayang :)

But still, tahun ni paling tak suka lah. Biasanya bulan birthday mesti aku akan redeem semua benda yang boleh di -redeem lah. Tiket wayang, Boost, Starbuck, Sephora. Hah apa lagi. Banyak woo rugi.

Ni Alhamdulillah tengah PKPP so tak ketat macam time PKP tu. Boleh lah nak keluar g mana mana. Aku just risau dalam masa terdekat ni maybe PKP diperketatkan lagi je. Yelah, Kes tiba tiba dah cecah 2 angka balik. Tak pelik kot kalau raya AidilAdha ni tak boleh balik kampung lagi. Cukup lah raya AidilFitri haritu kat KL *Kesian nenek raya sorang sorang* :(

Dah terlebih panjang dah ni. Stay tuned ya for more posting from me. Last words, mohon lah jaga penjarakan sosial, pakai mask, basuh tangan, guna hand sanitizer and yang kena kuarantin tu, DUDUK RUMAH LAH! okay bye :*


Our First Aidilfitri in KL :)

p.s: Bila tengok balik gambar and posting lama kat blog ni aku boleh tengok how my family and my friends grow beautifully. Alhamdulillah Allah for this life :)

No comments: