my sodium !


Ya Allah Ya Tuhanku, 

Yang Maha Melihat dan mendengar, 
Seandainya telah kau takdirkan dia tercipta buatku, 
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Tetapkan lah kemesraan antara kami, 

Agar kebahagiaan ini kekal abadi.. 


Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih, 
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku, 
Bawalah dia jauh dari pandangan ku, 
Luput dari ingatan ku, 
Dan peliharalah aku dari kecewa.. 

Dan ya Allah Ya Tuhanku, 
Biar sekuat mana aku menyintainya, 
Aku pohon agar Tuhanku 
Melenyapkan perasaan ini 
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku.. 

Ya Rahman Ya Rahim, 
sekiranya dia ditakdirkan untukku, 
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya, 
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU.. 

Ya Allah yang Maha Mengetahui, 
Sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui apa yang terbaik buatku, 
Aku pasrah dan redha dengan segala ketentuanMu Ya Allah.. 

Amin Ya Rabbal A' lamin..

1 comment:

Anonymous said...

Jika memang ini takdir yang tercipta,
Maafkan ku sudah membuatkan diri mu terluka,
Ku mohon agar diri mu terus bahagia,
Bersama manusia yang di cinta hingga ke syurga.

Terima kasih sentiasa mengajarku erti bahagia dan setia.
I Love You so much my arsenic ♥