Monday, 5 May 2014

the new you . and i hate it .

assalamualaikum .

hmm . aku tak tahu nak mula dari mana actually . okay-okay . this post nak dedicate to mysyg . awak . baca ni leklok taw . and bear in your mind . always .

awak . hm . kenapa awak dah lain sekarang ? saya dah macam tak kenal awak dah . entah lah . sekarang saya macam tak suka bila awak post gambar awak dengan motor awak . saya tak nampak MOHAMAD HAFIZUL yang saya kenal sejak 4 tahun yang lepas . awak lain sangat . jujur saya cakap , macam budak motor yang jahat . dulu saya yang dok kutuk-kutuk budak motor . yer . saya tak suka diorang dulu .

and sekarang ? awak dah jadi macam diorang . and yes . saya terima awak . cuba berfikiran positif pasal budak-budak motor ni . sebab saya sayang awak . sebab saya tahu . mungkin nanti awak akan jadi macam yang mula-mula saya kenal awak . people change kan . takpe . saya tunggu . 

tapi awak . sampai bila ? sampai bila saya kena tunggu ? awak pernah cakap . bila dah start keja , awak nak kurang dengan motor awak . awak nak kurang keluar malam . awak cakap nak kumpul duit . nak kawin dengan saya . saya happy sangat awak bila awak cakap macam tu . tapi . sekarang saya tengok , awak makin aktif dengan motor awak . siap buat group lagi . tiap-tiap malam awak keluar . 

hm . entah lah awak . saya taknak kongkong awak . saya tak kesah awak nak buat ape pun . saya bukan ade hak nak halang awak . lagi pun kita bukan nya kawin lagi untuk saya halang awak dari buat ape yang awak suka kan . its okayy . terus kan enjoy selagi awak boleh . 

satu je saya nak pesan . enjoy-enjoy pun , awak jangan lupa Allah . jangan lupa family awak . and jangan  lupa saya . awak still ade saya . saya tunggu awak . biar lah lepas ni nak jadi ape pun . saya redha awak . andai nama awak yang tertulis untuk jadi jodoh saya , takkan kemana jodoh kita . 

saya cuma harap awak tolong jaga hati saya . jangan bagi saya terpikir pun orang lain . boleh tak ? saya da buat macam-macam dah awak taknak awak pikir perempuan lain . tapi entah lah awak . macam takde effect ape-ape . please awak . jaga hati saya . saya nak awak je jadi suami saya . saya nak awak je jadi ayah kepada anak-anak saya . saya nak awak je yang teman saya sampai nafas terakhir saya . 

awak . saya minta maaf kalau saya pernah kecewakan awak . ye . saya mengaku . kadang tu bila saya kecewa sangat dengan awak , saya buat sesuatu tak pikir dulu keadaan sekeliling . saya tak pikir da ape yang awak akan rasa . saya mintak maaf . saya janji . lepas ni , saya jaga diri saya , hati saya , untuk awak . awak sorang . :')

Saturday, 3 May 2014

L I F E L E S S :)

assalamualaikum .

hampir sebulan jugak kan aku tak update blog ni . macam biasa , busy dengan belajar , exam and of course masalah cinta  tak settle-settle lagi . aku pun tak tahu lah bila nak settle nya . so sekarang , end up dengan aku biar kan macam tu je . 

yerlah . dah macam-macam aku dah buat . aku dah cakap dengan mysyg macam-macam . dengan MEYY pun aku dah cakap macam-macam . so sekarang , biarkan . aku redha . aku serahkan hati aku kat Allah . andai Dia nak buang perasaan sayang ni , aku terima . tapi , andai mysyg tu jodoh aku , aku terima seadanya . tapi satu je . aku tak sanggup berkongsi . maaf MEYY . aku bukan kau . yup . MEYY cakap dia tak kesah berkongsi . haih . entah lah . aku dah tak tahu nak cakap macam mana dah . 

oh ya . hari ni aku buat kerja gila . aku pergi A Famosa waterpark sorang-sorang . actually , mysyg ade konvoi kat PD and aku sebenarnya nak pergi PD . tapi yerlah . mana lah mysyg tu nak bagi kan . and yes . MEYY ade dengan dia . ni kira nak cakap aku frust ah ni . and pepagi buta aku decided nak pergi mandi sensorang . 

gilakan ? yup . itulah aku . kadang tu aku rasa nak duduk sorang-sorang . aku taknak kenal sesapa pun . memang tadi kat waterpark aku rasa bebas . bebas gila . takde sape nak halang aku . takde sape yang kesah pasal aku . aku buat je ape yang aku nak buat . tapi tipu lah kan aku tak rasa lonely tadi . yerlah . aku dah biasa dengan ade kawan-kawan kat sekeliling aku . tetiba duk sorang-sorang . tapi takpe . aku puas . 

okay lah babe . terlebih panjang pulak aku buat luahan perasaan ni . kepada yang baca blog aku , aku mintak maaf kalau post-post aku ni banyak yang macam luahan perasaan je . maaf . aku tak tahu nak mengadu kat siapa . aku taknak menyusahkan kawan-kawan aku dengar cerita-cerita aku yang mungkin bagi diorang buang masa je . ni je cara aku . tak suka , korang boleh unfollow aku . takpe . aku faham .

pluss++ : final is just around the corner . wish me luck :)

Wednesday, 26 March 2014

kerja gila nama nya .

assalamualaikum semua .

hey . aku buat kerja gila lagi . nak tahu tak ? hm . macam mana nak cakap ea . hm . aku kan dah buat wechat baru . post aku yang before this taknak layan langsung MEYY kan . hm . and guess what , aku pi add dye kat wechat baru aku . yer . aku tahu . mungkin orang yang dah baca post aku yang sebelum ni cakap aku bodoh , tak serik , gila . 

but , who cares ! hmm . yerr . aku degil . taknak dengar cakap orang . tapi nak buat macam mana ? aku takleh tahan perasaan curious aku ni ! takleh ! like I said before , aku tak percaya . and aku nak tahu sume nya sendiri . serious talk . mysyg tahu pasal ni , mati aku . 

yup . dye tak tahu yang aku add balik MEYY . ish . sorry awak . okay . out dulu . nak cakap tu je . adios !

pluss++ : mimpi mysyg p jumpa abah kat pejabat abah . 


to myself : stay strong . yes . you can ! :')

Tuesday, 25 March 2014

inginkan ketenangan .

assalamualaikum semua .

aku tak tahu nak mula macam mana . hm . sebenarnya aku dah luah apa yang aku rasa pada MEYY . nak kata aku maki tidak lah sampai begitu sekali . tapi ya . agak kurang ajar . aku dah penat nak tengok dia sengaja up moment macam-macam . kutuk aku lagi . cakap rindu kat mysyg . sakit nak menahan ni . sebab tu aku amik keputusan nak luah jugak . 

boleh tahan panjang gak ah karangan tu . mysyg ? hm . entah lah . kadang tu aku rasa pelik . tak percaya . entah . aku rasa dia pun menyimpan perasaan sayang pada MEYY . bila aku perhati kan cara dia . hm . tapi aku taknak pikir pasal tu and aku takkan pernah tanya . menambahkan lagi sakit dalam hati ni . 

lepas aku luah pada MEYY , aku terus log out wechat tu and buat wechat baru . aku malas nak pikir dah . biarkan dia . tapi jujur aku cakap , aku masih tak percaya kan MEYY . dan mysyg . hm . aku takut . aku tahu . kadang tu aku rasa aku ni melebih pulak jealous nya . hm . aku tak tahu lagi macam mana nak tahan perasaan ni . aku cuba buang perasaan jealous yang terlebih ni . tapi susah .

aku taknak kehilangan dia . jujur aku cakap . aku tak sanggup . hm . geram nak luah kat abah and mama yang aku taknak belajar dah . aku nak kawin . tapi aku tahu . itu just tindakan paling bodoh kalau aku buat . hm . 

maaf . jangan kacau hidup aku lagi . berikan aku ketenangan . masa depan ? biar Allah s.w.t yang tentu kan . tapi aku harap . tiada lagi perempuan lain yang muncul . aku tak tahu aku boleh sekuat ini atau tidak . 

terima kasih mayzatul zafirah for a great memories . aku takkan pernah lupakan kau . sampai aku mati . 

pluss++ : still confused dengan course yang nak diambil .


saya pegang janji awak . #mysyg


Monday, 24 March 2014

ES PII EMM .

assalamualaikum semua . 

dok asyik update pasal cinta je sampai lupa nak cakap pasal result SPM aku kan . yerlah . hari ni dah 24 haribulan kowt . keluar result 20 haribulan . itu lah . sebokk dok layan masalah yang tak penting pun kan .

oh ya . aku takde masa act , nak pi maktab masa orang lain amek result . aku tak pergi pun . siap pagi tu aku ade kelas memandu lagi . haih . orang lain berdebar nak amik result , aku dok berdebar nak bawak kereta atas jalan yang penuh dengan lori-lori . pluss , abah memang tak dapat pergi sebab hari sabtu tu dah nak balik kemaman . 

so , hari sabtu balik kemaman and hari isnin masa on the way nak balik KL tu , singgah lah kuantan terus amik slip result tu . haa . nak tengok tak result aku ? meh sini nak tunjuk . jangan gelak dah ah . aku sepakk karang . 


click picture for a better view

teruk kan ? haih . frust tu memang ade . tapi nak buat macam mana . memang aku main-main kot masa exam hari tu . seriously . main-main gila . kadang tu aku tidur sampai 2-3 pagi . bukan study . tengok RUNNING MAN . nampak tak kat situ . so , bila aku pikir kan effort aku dengan hasil yang aku dapat ni , memang patut pun . tapi serious . aku pelik . aku tengok orang yang berusaha gila-gila dari aku boleh lagi rendah dari aku . bukan nak perlekehkan or ape . its  just . yerlah . Allah still nak tolong aku . 

oh ya . about the result , abah cakap result aku tu layak jadi cikgu bahasa melayu je . yer lah . yang A+ nye BM je weyh . adoi . nak buat macam mana ni . tapi kan . yang lawak nya , aku punya chemistry D ! sebab ape lawak ? sebab sekarang aku amik course CHEMICAL ENGINEERING ! nampak tak kat situ ? 

kadang terpikir aku ni betul ke nak amik course ni ? boleh ke aku ikut ? tapi bila pikir kalu aku keluar dari MICET tu , mesti susah an aku nak masuk ke universiti lain dengan result macam tu . haih . pening ah . 

okay . yang tu kita bincang lain kali ea . meh nak tunjuk beberapa gambar yang aku sempat snap masa kat maktab tadi . tak banyak pun sebab abah rushing nak balik KL . 



bukit pelindung 


dewan ilmu


depan pejabat


the foyer 


taman nurani 

maaf . banyak tu je gambar yang aku sempat snap . sebak kot nak keluar dari pagar maktab tadi . yerlah . kat maktab ni lah aku membesar . kenal erti persahabatan , erti cinta , erti kehidupan . sedih . nak mengalir air mata tadi , tapi tak sempat . abah dah membebel pasal result . adoi . nak layan jiwang sikit tak boleh . 

okayy lah . lain kali pulak aku sambung ea . out dulu . adios !

pluss++ : tukar URL . malas nak serabut kan lagi hidup ni . 


saya tahu saya cun :D



Friday, 21 March 2014

closure :)

assalamualaikum semua .

alhamdulillah . aku rasa semua dah selesai . hari ni hari ke-14 , dan ya . dia lepaskan mysyg . aku sangat penat . yerlah . penat di maki , penat di herdik , diperli . aku tak cukup kuat nak menahan semua tu . tapi takpe . aku tahan selagi mampu dan sekarang , semua selesai .

yer . aku tahu . aku tak kahwin lagi dengan mysyg tapi aku dengan dia hampir 4 tahun . dia tengok aku membesar , dia kenal perangai aku even dia tahu ape yang aku suka dan tak suka . sayang kalau hubungan ni musnah macam tu je . sebab tu aku cuba pertahan kan walau aku kena maki . aku tak kesah . aku sayang dia , aku sayang family dia . 

MEYY ade suruh kawan dia add aku . even kakak dia pun add aku . ape motif ? aku tak tahu . jujur aku cakap , aku memang taknak ade ape hubungan pun dengan kau lagi . tapi aku takot . sebab aku tahu kau masih ade simpan perasaan kat mysyg kan ? maaf . aku cemburu . terlalu cemburu . 

aku harap kau jumpa lelaki yang lebih baik . terima kasih sebab bagi aku pengalaman ni . memang aku takkan lupa sampai aku mati . 


only you :')

pluss++ :  hanya dia , dalam hati aku :)


Monday, 17 March 2014

Hari ke sepuluh .

assalamualaikum semua .

hari ini dah hari kesepuluh MH370 hilang . tapi itu bukan topik aku yang sebenarnya . cerita pasal MH370 dah banyak dah blogger-blogger dok update . macam-macam version ade . maaf . aku tak berminat nak menjadikan post aku sebagai post yang membuat spekulasi mengarut . aku tak belajar course aviation .

oh ya . pasal tajuk aku tu . pada hari malaysia dikejutkan dengan kehilangan MH370 , aku pulak dikejutkan dengan berita lain . bukan lah berita kematian or ape . tapi tetap memberi kesan pada hati aku sampai hari ni.

sakit . sangat sakit . di saat aku nak bahagia dengan mysyg , pasti ade je dugaan yang datang . aku tak tahu ape salah aku . ape yang aku buat sebelum ni . di saat aku nak belajar setia , mesti ade yang menduga . kadang-kadang aku terpikir . betul ke dia ni jodoh aku ? aku betul-betul nak kawin dengan dia ke ?

bila ade seorang perempuan merayu kat seorang perempuan untuk lepas kan  lelaki yang dia sayang , mesti tak sangup kan . sakit sangat rasanya . aku tak sanggup . aku tak sekuat tu . aku tak mampu .

yer . aku sayang dia . sangat sayang . aku takut kehilangan dia . sebab dia aku berubah . sebab dia aku belajar setia . plus , aku dah kenal family dia . bukan kenal . rapat . aku dah mula sayang family dia . sampai kadang tu aku rasa aku sangup buat ape saja demi family dia .

kepada insan yang bernama wanita . tolong lah . masih ade ramai lagi kat luar . kenapa perlu nak rosakkan kebahagiaan orang lain . macam mana kalau benda ni jadi dekat kau balik . tak kau yang kena , anak kau yang kena . sakit awak . sakit sangat .

kepada mysyg , thank you sebab pilih saya . even dia still taknak lepaskan awak , takpe . saya sabar . awak tahu ape yang awak nak buat . saya tunggu . saya taknak sebab dugaan kecil ni, hubungan kita yang hampir 4 tahun musnah macam tu je .

kepada family awak , thank you sebab sokong mira . thank you sebab sudi terima mira seadanya . in syaa Allah mira akan cuba sebaik yang mungkin untuk jadi yang terbaik untuk semua .

okay la . dah panjang dah post aku kali ni . nanti sambung pulak . saya sayang awak . jangan pernah lupa tu .

pluss++ : hari ni my birthday . thank you kepada semua yang wish :')



because i love you :')


thank you .

Monday, 24 February 2014

new life . university life .

assalamualaikum semua !

dah nak masuk sebulan dah aku tak update blog ni . takde masa woii ! al maklum lah nak jadi engineer kan . chemical engineer pulak . haih . kadang-kadang aku ada terpikir , betul ke ape yang aku amekk ni . yerlah . chemistry is not so me . kat maktab dulu failed manjang kot . so , bila aku tanya pendapat orang , pendapat abah and mama , pendapat mysyg , they said , 'just go with the flow' . so , aku pun just biar je lah .

actually banyak gila nak cerita . tapi sangat lah takde masa . ni pun curi-curi update kejap sambil type lab report . bukan ape , tadi aku ter-usha blog orang masa cari maklumat , tetiba teringat pulak blog aku yang dah berzaman tak update . so , alang-alang dah bukak , update je lah .

okay lah . sebab banyak sangat aku nak cerita , aku upload gambar je lah ye . let the picture speaking .


minggu silaturahim (orang cakap baju macam budak kulinari)


kuantanians part I


kuantanians part II


with my new bag . (thank you kak ana)


jogging time !


panjat bukit weyh !


ceramah hari valentine . by PU rahmat and PU fakhrul .


jalan-jalan tampin terjumpa ni . semua gila kejap .


ade gaya engineer tak ?


safety boots yang buat kaki aku melecet teruk .


suka betul aku ber-selfie ni .


the view from my bed . 

hah . enough lah . nak tengok banyak lagi gambar p usha kat IG aku : amiraasyuhadaa. aku out dulu lah . nak sambung buat lab report . adios !

pluss++ : to mysyg , please . don't do that again . and you know what i mean . 


i miss you . 


Thursday, 9 January 2014

this is awesome :D

assalamualaikum semua !

hey ! i got something to tell all of you . hm . cumnie , aku ade join satu link ni , and guess what , i get the prizes ! and i win tho ! seriously awesome !

oh ya , sesape nak join , boleh lah ke link kat bawah ni . --->>


prizes dia memang awesome . anyone yang nak join boleh lah . confirm tak menyesal punya lah . got to go !

pluss++ : sambung tengok citerr running man :)

Tuesday, 7 January 2014

chemical engineer to-be :D

assalamualaikum semua .

tak terlambat lagi an aku nak ucap kan HAPPY NEW YEAR to everyone ! its 2014 everybody ! and this year i'm still a student even not a school student ! yeay ! serious tak sabar nak masuk U weyh !

oh ya. the reason for my post today is just i want to talk about the course that i get the offer from MARA . hee . nak tahu course ape aku dapat ? meh nak tunjuk kat sini---->>

*click the picture for a better view*

haa.. engineer you . kau hado ? actually i dont know if i can do the course or not . yelah . tak pernah sangka dapat engineer weyh . memang sepanjang 17 nak masuk 18 tahun aku hidup ni , tak pernah terpikir pun nak amek course engineering . not my type . and when i ask my counselor kat maktab , dye cakap , if aku nak challenge sumthing new , i can try this course . abah pun said the same . abah tahu aku suka challenge . 

mula-mula bila aku tengok berapa kena bayar , kecut perut gak weyh . yelah . RM5,700 satu sem kowt ! pergh . banyak gila weyh . tapi ayah ngah said , bayar mahal takpe nanti worth dengan gaji dapat bila dah keje . ayah ngah pun siap offer aku keje kat petronas bila dah habis nanti . haih . daftar diploma pun belum . 

oh ya . about bayaran tu , bila aku tanya mara , dye cakap ade pinjaman  . and kalau dapat 3.5 pointer keatas , pinjaman tu jadi biasiswa and free-free je boleh study UK . hm . aku bukan berminat pasal study UK tapi aku berminat dengan biasiswa tu . yerlah . nak senang kan ayah aku nak bayar balik nanti . 


atas ni table bout banyak mana MARA akan bg pinjaman . bayang kan kalu aku dapat biasiswa . tak ke awesome ! hehe . 

pagi-pagi lagi abah kejut aku before dye p kerja . sebab , dye nak suh aku sign borang terima tawaran tu . hm . nampak nya memang abah dah terima ah tawaran tu , aku tak sempat nak cakap ape pun . hm . seriously , memang aku kena bersungguh gila start je sem ni nanti . 

oh my . my confident level low gila ni . yerlah . aku nak tanya pendapat sesape pun susah . kawan-kawan takde dengan aku . nak kuar rumah pun susah . haih . sedih betul . hm . tak pe lah . i'll just follow the flow then . okey lah . out dulu . adios ! doakan aku okey !

pluss++ : thank you kak leya for give such a useful advice . i love you lah :D