Sunday 5 August 2012

kek batik :)

Kek Batik

 Bahan-bahan :
  • 300 gram biskut marie - dipatah 4
  • 200 gram milo
  • 250 gram susu pekat
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar planta / butter
Cara membuat : 
  • Satukan semua bahan di dalam kuali kecuali biskut marie
  • Kacau hingga semua bahan sebati 
  • Gunakan api yang paling kecil
  • Kacau lagi hingga bancuhan coklat menjadi pekat
  • Bila bancuhan dah jadi pekat dan likat, masukkan biskut marie
  • Kacau lagi hingga biskut tersalut dengan coklat (hati-hati semasa mengaul, jangan sampai biskut hancur)
  • Curahkan kek batik ke dalam loyang yang telah disalut dengan kertas minyak atau plastik 
  • Ratakan dan tekan kek batik semasa kek batik masih panas supaya ianya mampat
  • Masukkan dalam peti ais atau pun biarkan ia sejuk barulah buleh di potong - kalau disejukkan semalaman dalam peti ais akan memberikan hasil yang memuaskan.

(gambar curi google jewp . tak sempat buat lagi)

pluss++ : baik buat sendiri dari beli . lagi berbaloi woi ! 

No comments: