Wednesday, 2 January 2019

Dua Ribu Sembilan Belas :)

Happy New Year semua.

Finally I'm back! It's already 5 years since last time aku post kat blog ni. And as a new year resolution, aku decide nak start balik blog ni. Lima tahun tinggal of course a lot of things had change kan. Yang paling ketara perubahan ialah dua benda ni:

1. Still a student. But a DEGREE student.


- classmates yang tersayang-

So aku dah degree student sekarang. Of course not at the same place. Different place and guess what?It is different course. Kalau yang dah pernah baca pasal aku tahu lah dulu aku diploma in Chemical Engineering at UniKL. Now, aku amik Degree in Business Admin. Hamik kau. Jauh gila beza. Kolej kat Bangi je. Aku dah malas nak jauh dari rumah. 

Susah? Yes at first I admit that sebab bukan bidang yang biasa aku buat. Ada accounting, statistic, business math. Lab session semua takde dah. Tapi bila dah nak masuk semester 3 ni, rasa macam lagi senang dari chemical engineering. Dugaan sikit sikit tu biasa dah. Gaduh semua ada je. Yang tu nanti aku cerita ya. Doakan aku untuk lagi 2 tahun kat sini.

2. Love Story. My Sodium.


-Our First Date-

It's already 5 years aku tinggal kan. So yelah, cinta pun silih berganti. Yang lama? Dah kawin anak ada seorang dah. Aku admit, lepas pada Mohamad Hafizul, susah untuk aku cari yang betul betul ngam. Mesti bercinta tak lama. Paling lama pun setahun je aku boleh tahan. Takde seorang pun yang boleh faham, tahan dengan perangai aku. Aku cuba untuk berubah. Jadi yang lebih baik tapi tulah. Takkan lama. 

Okay stop dengan cerita lama, dah tahun baru, kita buka buku baru. Introducing Nik Ahmad Azamuddin bin Nik Azman. The only guy yang berjaya buka hati aku dan buat aku sayang dia lebih dari segalanya. Hari hari menangis sebab rindu woi. Dia cuba bertahan dengan perangai aku yang mengada macam ape je. Nak merajuk tak tentu pasal. But still dia sabar. Sorry Abang :'(

Pasal cik abang ni nanti aku bagi satu posting khas ya. Just you wait. Semoga hubungan ni berkekalan hingga ke Jannah. Penat woi nak kenal orang baru yang boleh sayang aku macam pakcik ni. 

Okay. Tu je lah aku boleh summarize kan untuk 5 tahun yang dah tertinggal ni. Ada banyak lagi cerita yang aku akan share ya. Just keep waiting :)


The new me. In syaa Allah better in the future.





Monday, 24 March 2014

ES PII EMM .

assalamualaikum semua . 

dok asyik update pasal cinta je sampai lupa nak cakap pasal result SPM aku kan . yerlah . hari ni dah 24 haribulan kowt . keluar result 20 haribulan . itu lah . sebokk dok layan masalah yang tak penting pun kan .

oh ya . aku takde masa act , nak pi maktab masa orang lain amek result . aku tak pergi pun . siap pagi tu aku ade kelas memandu lagi . haih . orang lain berdebar nak amik result , aku dok berdebar nak bawak kereta atas jalan yang penuh dengan lori-lori . pluss , abah memang tak dapat pergi sebab hari sabtu tu dah nak balik kemaman . 

so , hari sabtu balik kemaman and hari isnin masa on the way nak balik KL tu , singgah lah kuantan terus amik slip result tu . haa . nak tengok tak result aku ? meh sini nak tunjuk . jangan gelak dah ah . aku sepakk karang . 


click picture for a better view

teruk kan ? haih . frust tu memang ade . tapi nak buat macam mana . memang aku main-main kot masa exam hari tu . seriously . main-main gila . kadang tu aku tidur sampai 2-3 pagi . bukan study . tengok RUNNING MAN . nampak tak kat situ . so , bila aku pikir kan effort aku dengan hasil yang aku dapat ni , memang patut pun . tapi serious . aku pelik . aku tengok orang yang berusaha gila-gila dari aku boleh lagi rendah dari aku . bukan nak perlekehkan or ape . its  just . yerlah . Allah still nak tolong aku . 

oh ya . about the result , abah cakap result aku tu layak jadi cikgu bahasa melayu je . yer lah . yang A+ nye BM je weyh . adoi . nak buat macam mana ni . tapi kan . yang lawak nya , aku punya chemistry D ! sebab ape lawak ? sebab sekarang aku amik course CHEMICAL ENGINEERING ! nampak tak kat situ ? 

kadang terpikir aku ni betul ke nak amik course ni ? boleh ke aku ikut ? tapi bila pikir kalu aku keluar dari MICET tu , mesti susah an aku nak masuk ke universiti lain dengan result macam tu . haih . pening ah . 

okay . yang tu kita bincang lain kali ea . meh nak tunjuk beberapa gambar yang aku sempat snap masa kat maktab tadi . tak banyak pun sebab abah rushing nak balik KL . 



bukit pelindung 


dewan ilmu


depan pejabat


the foyer 


taman nurani 

maaf . banyak tu je gambar yang aku sempat snap . sebak kot nak keluar dari pagar maktab tadi . yerlah . kat maktab ni lah aku membesar . kenal erti persahabatan , erti cinta , erti kehidupan . sedih . nak mengalir air mata tadi , tapi tak sempat . abah dah membebel pasal result . adoi . nak layan jiwang sikit tak boleh . 

okayy lah . lain kali pulak aku sambung ea . out dulu . adios !

pluss++ : tukar URL . malas nak serabut kan lagi hidup ni . 


saya tahu saya cun :D



Monday, 24 February 2014

new life . university life .

assalamualaikum semua !

dah nak masuk sebulan dah aku tak update blog ni . takde masa woii ! al maklum lah nak jadi engineer kan . chemical engineer pulak . haih . kadang-kadang aku ada terpikir , betul ke ape yang aku amekk ni . yerlah . chemistry is not so me . kat maktab dulu failed manjang kot . so , bila aku tanya pendapat orang , pendapat abah and mama , pendapat mysyg , they said , 'just go with the flow' . so , aku pun just biar je lah .

actually banyak gila nak cerita . tapi sangat lah takde masa . ni pun curi-curi update kejap sambil type lab report . bukan ape , tadi aku ter-usha blog orang masa cari maklumat , tetiba teringat pulak blog aku yang dah berzaman tak update . so , alang-alang dah bukak , update je lah .

okay lah . sebab banyak sangat aku nak cerita , aku upload gambar je lah ye . let the picture speaking .


minggu silaturahim (orang cakap baju macam budak kulinari)


kuantanians part I


kuantanians part II


with my new bag . (thank you kak ana)


jogging time !


panjat bukit weyh !


ceramah hari valentine . by PU rahmat and PU fakhrul .


jalan-jalan tampin terjumpa ni . semua gila kejap .


ade gaya engineer tak ?


safety boots yang buat kaki aku melecet teruk .


suka betul aku ber-selfie ni .


the view from my bed . 

hah . enough lah . nak tengok banyak lagi gambar p usha kat IG aku : amiraasyuhadaa. aku out dulu lah . nak sambung buat lab report . adios !